Posts

Showing posts from February, 2013

hati berbicara lagi

Image
diri ini menyendiri lagi, mengenangkan nasib hakiki, menadah tangan kecil ini, mengadu kepada ilahi. jauh dari sudut hati, suara hati ini, kuat berteriak menagisi, pelbagai soalan memenuhi. adakah diri ini mampu, menggalas tanggungjawab membela agama-Mu, adakah diri ini mampu mewarnai dunia-Mu, diri ini bermujahadah kepada-Mu.... sebelum langit rahmat-Mu berarak pergi, diri ini ingin menggapai redha ilahi, agar diri ini tidak terjatuh lagi, daripada jalan yang melurusi......

dup......dap......dup...

Image
hati ini berdegup kencang menantikan kedatangan suatu hari yang bakal ditempuhi oleh setiap insan yang bergelar 'pelajar'....... iaitu  keputusan sijil peperiksaan malaysia!!!! haha3 Tiap hari saban malam aku berdoa kepada-Nya supaya aku mendapat keputusan yang cemerlang... Tapi hakikatnya memang tuhan sahaja yang tahu keputusannya kan?? Hati ini berdegup kencang setiap detik saat kerana terlalu inginkan straight A's... Tapi... kadang-kadang aku terfikir.. bagaimana tuhan nak bagi kat kita apa yang kita minta kalau kita jarang berusaha... aku ni seorang budak yang selalu je jadi arwah bila cikgu mula bukak mulut kat depan kelas.... (kelakar la pulak) aku ni memang terkenal dengan sifat tidur dalam kelas... semua orang kenal aku... haha... adalah pada suatu hari ni... aku macam biasalah.. mengantuk dalam kelas... masa additional math pulak tuu... cikgu ni memang pantang kalau ada

manusia ni pelik kan??

Image
kadang-kadang bila manusia ada perasaan sayang kepada sesuatu mesti akhirnya perasaan tu bertukar kepada vice versa.... betul tak?? we know better as we are humans right?? bila manusia ada buat salah.. mesti kita susah nak mengaku kan?? walaupun kita tahu hakikat sebenarnya... bila kita buat salah sambil celik pun kita buat-buat tak tahu je.. padahal kita tahu bahawa ada dua pencatit di kanan dan kiri kita... kita pun buat-buat tak ingat dosa pahala je bila kita buat salah.... haish.... kita pun cakap "manusia kan mudah lupa" bila tangan kita buat salah.... pada masa yang sama adalah acara tuding menuding jari ke arah insan yang lain... kelakar betul makhluk yang tuhan jadikan ini... masih tak mengaku walaupun buat banyak silap.... o_O