puisi buat insan bernama sahabat
angin berlalu pergi, meniup rindu di hati, walau engkau jauh sekali, tempat kau tetap di hati. berjauhan antara benua, sahabat tetaplah jua, walau kau pergi kemana, tautan tetap kekal ada. selamatlah wahai teman, moga kita jumpa lagi kawan, walau lagi beribu tahun, kutahu jodoh kita bertemu aman. katamu berhikmah, remedi yang begitu indah, senyumanmu begitu menyerlah, membasahkan hati yang kesah. walau hidup kita berbeza, namun kita berkongsi kisah sama, kuat sungguh takdir ilahi, kita bertemu di syurga nanti. *bersahabatlah kerana allah..bukan kerana hartanya..atau kecantikannnya.. malah berkawanlah kerana akhlak budi serta imannya..