Posts

Showing posts from May, 2016

Boleh bagi saya satu peringatan?

Image
Pernah satu masa hati manusia akan rindukan sedikit peringatan. Satu ketukan untuk menyedarkan hati yang leka daripada menunaikan perintah tuhan. Satu tiupan yang dapat mengembalikan hati yang jauh tersesat tanpa sedar. Satu tujahan yang dapat meluruskan kayu yang bengkok. Satu tekanan yang mampu mengapungkan hati daripada terus tenggelam dalam dosa yang melimpah. Aku pernah rasa.  "Just nice." Tuhan aturkan pertemuan yang berkali-kali dengan seorang hambaNya yang diutuskan untuk membawa balik hati ini daripada terus tersesat dengan jerat tipu daya Iblis. Kata monolog terus menerus membentak kerana mulut ini tidak berani menzahirkan kemahuannya. Setelah pertemuan ketiga barulah lisan ini mampu meminta.  "Boleh bagi saya satu peringatan?" Tuhan masih sayangkan aku. Dia sedarkan betapa jauhnya aku tersasar. Tangan ini telahpun mengkhianati mulutku sendiri. Apa yang aku katakan telah berbalik arus. Pendirianku retak. Mujur tuhan menyedarkan aku daripad