KeranaMu aku bersaudara
Alhamdulillah kerana diberikan kesempatan untuk merasai ukhwah keranaNya di bumi Kiwi ini. Bukan kerana rupa, kaya, atau bijak melainkan kerana Yang Maha Menautkan hati. Seseungguhnya Dialah yang mengikat hati-hati yang seiring berjalan menuju kepada keredhaan dan kesyukuran. Tidak putus-putus lidah basah mengucap syukur kerana diberikan hati yang lembut untuk merasakan perasaan ini. Bukan cinta kepada yang haram, bukan sayang pada yang sia-sia. Siapa sangka di bumi yang beribu batu jauh dari tanah air jugalah tempat ikatan terjalin. Hati- hati yang kembali kepada fitrahnya secara tak langsung bertaut sekemas-kemasnya dengan izin Yang Maha Pengasih. Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku (QS al-Fajr [89]: 27-30) Akan ku gunakan hadiah yang kau berikan ini dengan sebaiknya In Sya Allah.