Thin line
Kadang kala manusia itu sendiri buta untuk melihat jaringan lelabah yang halus di depan matanya sendiri. Jalan yang dilalui itu tanpa sedar membelit setiap sendi-sendi yang ada sehinggakan kakinya lemah melangkah. Simpang yang diambil dengan membuta tuli itu akhirnya menjerat hati seseorang itu, iaitu organ yang paling lemah. Akhirnya jual beli antara manusia-manusia yang buta ini membawa kepada kerugian dan kemusnahan kerana hatinya telahpun dirobek-robek. Mungkin sepatutnya segalanya perlu besederhana. Terlalu banyak membuatkan nafsu kehausan tamak. Terlalu sedikit menjadikan hati memberontak kerana terlalu ingin. There's a thin line between them and it's hard to see the web of the line. Sometimes we just walk through the line and have to bear the consequences. Sometimes we just stop walking because of fear and will regret not having much.