2015 vs 2016
Sedut oksigen. Hembus oksigen. Bangun mandi makan solat tidur. Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu. Pejam celik, pejam celik sekejap je kan dah nak habis tahun 2015. Dah nak tutup buku 2015 nak buka buku lain pula. Semua macam nak ada azam baru. Entah yang lama completed atau terbengkalai. Menyesal,gembira, sedih, semua ada dalam 2015. Siapa cakap kalau asyik gembira tu perfect? Siapa cakap kalau asyik sedih itu balasan? Siapa cakap kalau kau dah kaya itu capai lifegoals? 2015 banyak ajar aku benda. Dah jadi sifu bagi aku. Apa yang aku belajar? *Kejap fikir* 1) Jangan bertepuk sebelah tangan. Ini bukan in term of couple ke apa. Bagi aku more to friendship. Kalau kau nak berkawan memang tak ada masalah. Yang jadi masalah bila kau mengharap lebih dari kawan. Macam kawan baik or kawan rapat. Sebab kita takkan tahu apa dia fikir or apa yang dia anggap kat kita. So just follow the flows. 2) Nak seribu daya taknak seribu dali...