2015 vs 2016
Sedut oksigen. Hembus oksigen.
Bangun mandi makan solat tidur.
Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu.
Pejam celik, pejam celik sekejap je kan dah nak habis tahun 2015.
Dah nak tutup buku 2015 nak buka buku lain pula.
Semua macam nak ada azam baru. Entah yang lama completed atau terbengkalai.
Menyesal,gembira, sedih, semua ada dalam 2015.
Siapa cakap kalau asyik sedih itu balasan?
Siapa cakap kalau kau dah kaya itu capai lifegoals?
2015 banyak ajar aku benda.
Dah jadi sifu bagi aku.
Apa yang aku belajar?
*Kejap fikir*
1) Jangan bertepuk sebelah tangan. Ini bukan in term of couple ke apa. Bagi aku more to friendship.
Kalau kau nak berkawan memang tak ada masalah. Yang jadi masalah bila kau mengharap lebih dari kawan. Macam kawan baik or kawan rapat. Sebab kita takkan tahu apa dia fikir or apa yang dia anggap kat kita. So just follow the flows.
2) Nak seribu daya taknak seribu dalih. Aku serius jumpa banyak keadaan macam ini. Kalau kau memang nakkan sesuatu nak taknak memang kau kena usaha. Kalau kau memang taknak menda tu memang kau akan bagi alasan berjela-jela. Bagi aku senang-senang cakap je taknak. Tak perlu habis tenaga fikir alasan apa nak bagi yang munasabah. Kawan-kawan kau yang rapat memang dah tahu sangat kalau kau selalu bagi alasan. Dah excuses-proof.
3) Kuasa doa. Tawakkal kat tuhan tu sangat penting. Tapi kalau kau usaha 50% tapi nak result 100% memang tak dapatlah even kau berdoa sepanjang malam pun. Kecuali dengan kuasa tuhan. Dia akan bagi apa yang setimpal bagi kita. Kita bukan tak bijak. Just malas je. Kalau dah usaha tapi tak dapat tu memang tak tahu nak cakap. Fikiran manusia ada limitasi. Mungkin tuhan ingin bagi yang lebih lagi kat kau. Siapa tahu?
4) Kasih ibu dan ayah. Kita memang kadang kala buta tuli dan bisu untuk menyedari betapa dalamnya kasih mereka. Lagi dalam dari lautan Hindi. Cuma kita yang tak perasan. Kalau kau minta sesuatu kadang-kadang diorang tak bagi. Tapi akhir sekali diorang akan usahakan juga untuk bagi kau benda tu. Tak kira lah in term of barang ataupun yang lain. Diorang kalau boleh biarlah mereka susah asalkan kita senang. The power of love innit?
5) Ikatan rapuh satu persahabatan takkan kekal lama. Mungkin dah reput tapi cuma kau sahaja yang berusaha nak baiki memang tak jalan. Menda ni perlu usaha dua-dua belah. Dah kalau kita je yang keep in touch tapi diorang macam nak tak nak baik kita senyap je. Kalau diorang rasa kita penting diorang akan kejar kita. Kalau tak, memang kena cari yang lebih sesuai. Dah retak nak buat apa lagi
6) Setiap orang adalah main character bagi kisah masing-masing. Dunia ni bukan pasal kau sorang je. Jangan nak buat masalah kau macam masalah dunia. Masalah orang lain kau buat tak endah je. Kalau kau nak orang dengar cerita kau, kau kena juga tadah telinga dengar diorang cakap apa. Kalau kawan susah, tolong. Tapi kalau yang tak nak orang tolong nak buat macam mana lagi?
7) Setiap orang ada rezeki masing-masing. Setiap orang tuhan dah tentukan rezeki kita. Tuhan itu adil. Dia tak bagi kita satu benda dia bagi kita yang lain. Ada yang kaya tapi tak bahagia. Ada yang miskin tapi bahagia duduk rumah kecil rapat dengan keluarga. Setiap kita ada jalan lain-lain. Jangan nak expect kawan kau akan ikut jalan kau teman kau sepanjang hayat. Kalau kembar sekalipun berbeza haluan apatah lagi orang lain?
8) Kalau kau dah jumpa soulmate kau walaupun tak perfect please jangan cari yang lebih perfect. Bukan senang nak jumpa orang yang compatible dengan kita. Jangan buang masa cari kawan ramai-ramai buat pening je. Tak menang tangan jadinya. Kalau nak kawan biasa ok la nak reramai. Tapi kalau nak bestfriend ramai macam susah je. Jangan yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran sudah.
Aku bukan cakap kat orang. Cakap atas batang hidung sendiri je. Semua ni benda yang pernah aku alami sendiri. Bersyukurlah kita masih lagi bernafas di atas bumi tuhan ini.
Comments
Post a Comment
(^-^)