Air, Angin, Tanah, Api
Berterima kasihlah kerana bijaksananya Dia dalam menciptakan seluruh alam berbekalkan ilmuNya yang luas tidak berpenghujung. Bersyukurlah kerana Dia yang Maha Kaya memberikan setitis anugerah bahkan lebih kecil daripada itu kepada makhluk yang hina bernama manusia. Hinanya insan kerana kegelapan hatinya daripada terus bersyukur dengan nikmat pemberian Yang Maha Pemurah. Mulianya anak Adam kerana terangnya hati mereka dengan kesyukuran atas hadiah-hadiah yang diberikanNya. Dialah Pemilik segala alam dan Yang Maha Kaya. PemberianNya kerana kasih itu tidak sesekali pun mengurangkan kebesaran dan kekayaan yang Dia miliki. Tidak ada satu pun yang melata dibumi terlepas daripada copyright milikNya. Maha Suci Tuhan! Air, Angin, Tanah, Api Perhatikan ayat 164 surah Al-Baqarah. "Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; d