Air, Angin, Tanah, Api

Berterima kasihlah kerana bijaksananya Dia dalam menciptakan seluruh alam berbekalkan ilmuNya yang luas tidak berpenghujung. Bersyukurlah kerana Dia yang Maha Kaya memberikan setitis anugerah bahkan lebih kecil daripada itu kepada makhluk yang hina bernama manusia. Hinanya insan kerana kegelapan hatinya daripada terus bersyukur dengan nikmat pemberian Yang Maha Pemurah. Mulianya anak Adam kerana terangnya hati mereka dengan kesyukuran atas hadiah-hadiah yang diberikanNya.

Dialah Pemilik segala alam dan Yang Maha Kaya. PemberianNya kerana kasih itu tidak sesekali pun mengurangkan kebesaran dan kekayaan yang Dia miliki. Tidak ada satu pun yang melata dibumi terlepas daripada copyright milikNya. Maha Suci Tuhan!




Air, Angin, Tanah, Api


Perhatikan ayat 164 surah Al-Baqarah.

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran."

Ingat lagi tak kalau belajar dalam subjek Sains ataupun Biologi dulu akan empat elemen alam semula jadi yang begitu pemurah ini? Pemurahnya mereka kerana tunduk akan perintah Sang penguasa Alam. Macam mana tu? 

Pemurahnya elemen alam yang tiada akal ini merefleksikan sifat pemurah Yang Maha Mencipta. Jika makhluk itu bersifat mulia apatah lagi Yang Menciptakannya? Sumber bagi segala sifat Rahman itu sendiri. Tak faham lagi kan? Macam mana alam itu boleh jadi pemurah?

Ingat tak bagaimana cara benih-benih tumbuhan merentas tempat?
Bagaimana tumbuhan membiak dari satu tempat ke tempat yang lain kalau tak bukan kerana pemurahnya makhluk bernama air, angin, dan tanah ini ciptaanNya?
Berkembangnya spesis dengan penciptaan tumbuhan secara berpasangan dengan Rahmatnya.

Air itu dapat menghanyutkan buah ke satu daerah kepulauan yang baru.
Angin itu yang meniup jauh bebenih berbentuk piring ke satu negeri yang asing.
Tanah itu yang menjadi medium pergerakan haiwan yang membantu secara tak langsung menjadi kenderaan kepada benih-benih ke suatu kawasan yang lebih baik.
Cahaya matahari menjadi sumber nutrient penguat bagi benih untuk terus tumbuh menggapai langit.



Hijrahnya benih dari comfort zone ke suatu tempat yang asing, gersang, tak berpenghuni itu menjadi titik tolak kepada ripple effect yang lebih besar. Hijrahnya benih-benih yang berani itu berjaya menyalakan keberanian kepada yang lain-lain untuk terus bermusafir atas hamparan dunia.

Jadi...?


Dapat kaitkan tak?

Ingat lagi tak cara penyebaran Islam pada Zaman dahulu? Sebelum terciptanya teknologi moden?
Bagaimana tunas-tunas cahaya kebenaran bercambah ke kawasan gersang tanpa Islam?
Bagaimana Asia Tenggara yang juga berjaya mendapat kilauan cahaya kebenaran jika bukan kerana datangnya pedagang-pedagang dari Tanah Arab?
Percikan-percikan cahaya Islam terpancar jauh ke hujung dunia kerana menyahut sahutan Khatimul Anbiya' dalam amar ma'ruf nahi mungkar. Api-api semangat yang berkobar dalam berlumba-lumba ke arah redhaNya turut menjadi penguat badan untuk menyemai benih kebenaran.


"Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)."
(62:10)




Air laut yang luas bergelora itu yang menghayutkan kapal-kapal armada pedagang.
Angin monsun yang kencang meniup-niup layar ke timur dunia.
Tanah Laluan Sutera menghubungkan Persia, India, dan China memudahkan perjalanan ilmu Quran dan Sunnah disampaikan mubaligh dan pedagang.

Pemurahnya Ar-Rahman kerana menciptakan 'kenderaan' bagi hidayahNya.
Islamnya kita pada harini menjadi saham pahala bagi daei' yang berhijrah, In Sya Allah.


"Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur."
(31:31)



"Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula."
(67:15)

Betapa besarnya ripple effect yang berhasil kerana setitis rahmatNya.
Alangkah agungnya Multiplier Effect benih hidayah yang beterbangan kerana CintaNya.
Hanya kerana alam yang tidak bernyawa, nikmat itu sampai merentas masa dan tempat. 


Comments

Popular posts from this blog

~pengalaman temu duga jpa-mara~

Arus Air