Arus Air
Beberapa hari lepas diberi ilham ketika North Island trip sambil memerhati indah ciptaan dilukis oleh Sang Pencipta. Bergelojak apabila mata melihat arus laju Huka Falls. Tenang apabila memandang arus perlahan Putaruru Blue Spring. Kedua-duanya berjaya mengikat hati yang lemah ini kepada Yang Mencipta. Maha Suci Tuhan Yang Maha Bijaksana dalam merancang keseimbangan setiap sesuatu. Ada beberapa benda yang aku baru perasan for this past few weeks, thank you sahabat sebab kau aku sedar. Aku sempat lagi tadabbur alam tatkala mata tak berkelip memandang ciptaanNya yang sukar digambarkan melalui gambar. Aku lagi rela merenung biru langit. Huka Falls Aku sempat singgah ke Huka Falls selepas drive selama 2 jam dari Waitomo. Cuba tanya encik gugel kalau tak tahu Huka Falls tu macam mana. Ok aku tunggu. Dah? Cuba perhati arusnya. Laju kan? Nanti aku cakap apa ibrah yang aku dapat. Ok esoknya kami pergi ke Putaruru Blue Spring. Cuba tanya encik gugel lagi sekali. Dah?...