Arus Air

Beberapa hari lepas diberi ilham ketika North Island trip sambil  memerhati indah ciptaan dilukis oleh Sang Pencipta. Bergelojak apabila mata melihat arus laju Huka Falls. Tenang apabila memandang arus perlahan Putaruru Blue Spring. Kedua-duanya berjaya mengikat hati yang lemah ini kepada Yang Mencipta. Maha Suci Tuhan Yang Maha Bijaksana dalam merancang keseimbangan setiap sesuatu.

Ada beberapa benda yang aku baru perasan for this past few weeks, thank you sahabat sebab kau aku sedar. Aku sempat lagi tadabbur alam tatkala mata tak berkelip memandang ciptaanNya yang sukar digambarkan melalui gambar. Aku lagi rela merenung biru langit.

Huka Falls
Aku sempat singgah ke Huka Falls selepas drive selama 2 jam dari Waitomo. Cuba tanya encik gugel kalau tak tahu Huka Falls tu macam mana. Ok aku tunggu. Dah?
Cuba perhati arusnya. Laju kan? Nanti aku cakap apa ibrah yang aku dapat.



Ok esoknya kami pergi ke Putaruru Blue Spring. Cuba tanya encik gugel lagi sekali. Dah? Jernih kan? Percaya tak adanya air sejernih itu atas muka bumi ni? Kalau dunia yang sementara ini pun seindah itu apatah lagi Jannah yang menunggu di sana?

Putaruru Blue Spring

Cuba perhatikan arusnya? Macam tak mengalir tapi sebenarnya arusnya perlahan dan tenang.
Begitulah juga kita dalam membuat keputusan. Dengan minda yang tergopoh gapah yang inginkan keputusan yang cepat seperti Huka Falls, mana mungkin dapat dilihat apa yang tersembunyi dalam arus. Laju sangat, gopoh.

Kalau dibandingkan dengan Putaruru Blue Spring, arusnya perlahan tapi tetap mengalir ke hilir. Segala yang berada dalam air mampu dilihat satu persatu. Masalah yang timbul tiada yang tersembunyi. Ambil keputusan dengan minda yang tenang.


Tapi kalau tak mengalir langsung macam mana? Macam kolam yang keruh. Tak bergerak dan statik. Tak mahu mengambil keputusan dan tak mahu berfikir dalam membuat keputusan. Maka jadilah semakin keruh.
Wallahua'lam.

Comments

Popular posts from this blog

~pengalaman temu duga jpa-mara~

Air, Angin, Tanah, Api