Wahai diri
Wahai diri,
Lebarkanlah sayap jiwa yang merdeka
menuju langit ilahi seluasnya
dibawah sinaran cahaya
rahmatNya.
Jangan biarkan jeriji sangkar emas dunia
membutakan kaca mata daripada
melihat indahnya syurga.
Jangan biarkan hidangan enak
dibalik kurungan yang fana
memekakkan telinga
daripada berubah
berlari kepadaNya.
Teguhkanlah perisai hati daripada
tombakan panahan hirisan
tajam makhluk yang futur
Comments
Post a Comment
(^-^)