Bertatihlah
Kalau ikut logik, proses budak-budak untuk berjalan bukanlah sekejap ataupun mendadak kan? Daripada daripada terbaring kepada berguling sambil menggerakkkan kaki yang kecil itu dan daripada merangkak kepada bertatih perlahan. Tiada manusia yang boleh terus berjalan dengan kudratnya sendiri setelah melihat dunia. Dan tiada manusia yang terus menggapai taqwa setelah berhijrah. Yang ada hanyalah istiqamah biarpun bertatih. "Dan Al Quran itu telah Kami turunkan dengan berangsur-angsur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bagian demi bagian." (Surah Al-Isra' ayat 106) Oleh kerana itu, Al-Quran sendiri diturunkan secara berperingkat dan beransur-ansur. Secara tidak langsung Yang Maha Berkuasa mahu mengajarkan sesuatu kepada manusia tentang proses penurunan kalam suciNya. Malah setiap ayat-ayat peringatan yang diturunkan itu cukup sinonim dengan peristiwa yang sedang berlaku pada waktu itu, iaitu bertepatan dengan waktuny