Dia Cemburu




Tanpa sedar manusia yang lemah futur senantiasa meletakkan pergantungan terhadap makhluk fana yang lain lebih dari yang sepatutnya. Yang sepatutnya macam mana? Yang letakkan Yang Mencipta sebagai tulang belakang, iaitu yang pertama dalam list priority. Pernah fikir tak? Macam mana nak tengok kalau kita letak priority tu kat siapa?

Kalau ada masalah kita turn to siapa dulu? Kalau hati berbunga-bunga kita curah kat siapa dulu? Kalau nak buat pilihan kita tanya siapa dulu?  Kalau time solat, kita fikir pasal yang disembah atau siapa? Aku tak nak tahu jawapan sesiapa sebab soalan ini kita sendiri boleh jawab deep down ada suara yang berbisik jujur. Jangan sebut! Kau sendiri boleh judge apa jawapan kau.

Kalau kita sebagai ciptaan meletakkan suatu ciptaan sebagai tempat keutamaan sudah tentu Yang Mencipta akan cemburu akan perhatian yang kita berikan. Dia sama sekali tidak memerlukan hamba tetapi keutamaan itu mampu menjadi bukti kesyukuran hamba itu sendiri. Dia nak lihat siapa yang bersyukur atau siapa yang kufur nikmat. Dia mahu uji insan mana yang ingat dan yang mana lupa.

Bukan sekali dia uji. Bahkan banyak kali. Kenapa?

Sebab dia nak kau sentiasa pilih jalan yang betul. Sebab dia nak kau teguhkan lagi keimanan diatas keimanan yang ada. Sebab dia nak kau istiqamah. Dia nak kau belajar dari kesilapan.

Tapi......

Tapi level pilihan itu sentiasa berubah mengikut tahapan iman manusia. Mungkin pilihan yang kau kena buat pada permulaannya tidaklah sesukar yang akan datang. Jikalau kau buat silap dalam memilih keutamaan, ingatlah yang Dia Maha Pengasih terhadap hamba-hambanya. Belajarlah daripada kesilapan. Sebab bila kau tahu lubang kat mana kau akan belajar untuk jalan atas jalan yang jauh daripada bahaya.

Comments

Popular posts from this blog

~pengalaman temu duga jpa-mara~

Air, Angin, Tanah, Api

Arus Air