Bertatihlah
Kalau ikut logik, proses budak-budak untuk berjalan bukanlah sekejap ataupun mendadak kan? Daripada daripada terbaring kepada berguling sambil menggerakkkan kaki yang kecil itu dan daripada merangkak kepada bertatih perlahan. Tiada manusia yang boleh terus berjalan dengan kudratnya sendiri setelah melihat dunia. Dan tiada manusia yang terus menggapai taqwa setelah berhijrah. Yang ada hanyalah istiqamah biarpun bertatih.
"Dan Al Quran itu telah Kami turunkan dengan berangsur-angsur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bagian demi bagian."
(Surah Al-Isra' ayat 106)
Oleh kerana itu, Al-Quran sendiri diturunkan secara berperingkat dan beransur-ansur. Secara tidak langsung Yang Maha Berkuasa mahu mengajarkan sesuatu kepada manusia tentang proses penurunan kalam suciNya. Malah setiap ayat-ayat peringatan yang diturunkan itu cukup sinonim dengan peristiwa yang sedang berlaku pada waktu itu, iaitu bertepatan dengan waktunya.
Begitu juga dengan fasa perubahan manusia tu sendiri. Berubah kearahNya dan kepadaNya itu memerlukan satu mujahadah yang sangat utuh. Biarpun setapak demi setapak, asalkan tiba didestinasi iaitu JannahNya. Tiada satu makhluk yang diciptakan terus berdiri teguh tanpa melalui fasa kelemahan dan kejatuhan. Tiada.
Perjalanan itu sesungguhnya meletihkan. Kerana apa?
Kerana tiket ke Syurga itu mahal harganya.
Mungkin pernah terlintas di benak kita, bilakah masanya aku mampu berjalan dengan sendirinya tanpa perlu terjatuh lagi tatkala langkah lemah? Atau mungkin pernah terbang difikiran kenapa tuhan memberikan cubaan begini kepada aku yang lemah dan tidak mampu ini?
Bagi aku, seorang hamba yang futur ini, cahaya itu akan eventually datang kepada yang berusaha bertatih untuk berlari kearahnya. Cuma bezanya cepat atau lambat, yang penting yakinlah! Yakinlah pada tuhan Yang Maha Mengetahui kerana sesungguhnya Dia lebih mengetahui akan kekuatan tersembunyi yang sedang tidur lena dalam hatimu itu. Kejutkan kekuatan gagah itu!
Gerakkan singa yang sedang beradu itu!
Yakinlah pada Dia walaupun kau tak percaya pada dirimu sendiri.
Dan jika Dia yang lebih mengetahui akan setiap sesuatu itu yakin akan kamu, apa alasan lagi untuk kamu tidak mempercayai kekuatan dirimu sendiri?
Ubah hatimu dan yakinlah!
Kerna aku juga yakin akan dikau :)
وَأَنَّهُ هُوَ أَضْحَكَ وَأَبْكَىٰ
"Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis"
An-Najm:43
وَأَنَّهُ هُوَ أَضْحَكَ وَأَبْكَىٰ
"Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis"
An-Najm:43
Comments
Post a Comment
(^-^)