Soal sabar





S.A.B.A.R begitu senang mengejanya
Namun adakah sabar sesenang itu?
Hakikatnya tidak sama sekali sahabatku
Begitu susah bagiku untuk istiqamah dalam sabar
Engkau tidak mengerti sama sekali
Engkau begitu menguji kesabaranku
Imanku tercabar 
Hatiku hambar

Mungkin ini suatu ujian dari-Nya
Aku bersyukur kerana tidak dibiarkan hanyut
Aku berbisik pada hati ini
"Sabarlah duhai hati. Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar"
Begitu senang mulut berkata
Namun hatilah yang menderita

Aku terus berdoa
Semaikanlah sabar 
Tanamkanlah istiqamah
Kuatkanlah iman
Sesungguhnya aku hanya manusia biasa
Yang banyak salah silapnya






Sabar itu ibarat permata dalam jiwa
Ibarat hujan di tanah kontang
Ibarat mutiara di dasar lautan biru
Sabar itu sememangnya sukar sekali digapai
Bagai mengapai bintang di kegelapan malam
Bagai melakar sabar pada rembulan

Sabarlah duhai hati
Sesungguhnya allah jualah yang membolak-balikkan hati manusia. Mungkin hati yang ini terluka hari ini. Tapi tak semestinya darah akan terus mengalir kerana tertusuk ujian....

-innallaha maa' sobirin-

Comments

Popular posts from this blog

~pengalaman temu duga jpa-mara~

Air, Angin, Tanah, Api

Arus Air