PIL ROHANI
Dahaga kan
Bila dah lama tak minum air
Lapar kan
Bila dah lama tak makan
Mengantuk kan
Bila dah lama tak tidur
Macam tu la jugak santapan rohani
Rasa kosong je dalam hati ni
Rase ade je yang tak lengkap
Dahaga sangat kat tazkirah
Lapar sangat nak dengar peringatan
Memang tazkirah tu macam oksigen
Suatu keperluan manusia
Diri ini kerap hanyut
kerana kurangnya pil rohani
Diri ini sedar dalam alpa
akanku terus berusaha mendekatiMu
Hidup tak selalunya suram
Malam tak selalunya gelap
Siang tak selalunya cerah
Hujan tak selalunya lebat
Malah pelangi menyusul di penghujungnya
-fazkuruni azkurkum fasykuruli wala takfurun-
ingatlah padaku, akan ku ingat padamu
bersyukurlah padaku dan jangan kufur
Comments
Post a Comment
(^-^)