kemanisan setitis ujian
Air jernih menitis dipipi. Sedih dalam sendu.
Hati ini tuhan sahaja yang mampu menafsirkannya.
Memang. Setitis derita melanda itu merupakan segunung kurniaanNya.
Allah masih lagi sayangkan hamba yang hina dina ini.
Ujian yang diberi membawaku terbang mendekatiNya.
Alhamdulillah.
Tanda syukur kepadaNya.
Al-Hadi dan Al-Rahman
Ujian diberi itu seiring dengan kekuatan hambaNya.
Hakikat ini bukan semua hambaNya tahu.
Hanya segelintir.
Bersangka baik atas kemanisan ujian.
Memang.
Hati mana yang tak gelisah.
Mata mana yang tidak menangis.
Tatkala badai ujian melanda.
Solatlah.
Berdoalah.
Tadahla tanganmu meminta kepadaNya.
Sujudlah kamu menangis mengadu kepadanya.
Dialah.
Maha mengetahui.
Tetap juga setia mendengar rintihan hambaNya.
Memang.
Begitu senang bagi mulut berkata-kata
Begitu susah hati menerimanya
Yakinlah pada janjiNya
Sesungguhnya Allah bersama yang bersabar
In Sya Allah
Senanglah jalan menuju ke Jannah
(Allah tidak akan membebani seseorang melebihi apa yang mampu)
02:286
Comments
Post a Comment
(^-^)