Selamat tinggal. Teman.
Surah Aal-e-Imran, Verse 185:
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ
Every soul shall taste of death, and you shall only be paid fully your reward on the resurrection day; then whoever is removed far away from the fire and is made to enter the garden he indeed has attained the object; and the life of this world is nothing but a provision of vanities.
Mata terpaku. Melihat post di Facebook.
Terkejut tahap petala ke-9.
Hati terus mengepam darah pekat dengan cepat.
Berdebar.
Takut dan sedih.
Buat-buat senyum dalam tangisan.
Nak cover.
Tidak ku mahu luahkan pada insan.
Aku ada Allah.
Air mata tak dapat ditahan lagi.
Berderu mengalir di pipi yang merah padam.
Sekeliling tidak ku rasa lagi.
Macam hidup dalam dunia sendiri.
Hanya mendengar tiupan angin dalam hingar bingar di stesen bas.
Seluruh dunia bagaikan bisu.
Dalam dunia ku.
Hanya melihat daun beterbangan tanpa perasaan.
Berjalan tanpa tujuan.
Hati dah mati seketika.
Mengetahui berita dari kampung.
Wahai kawan.
Perginya engkau tanpa aku disisi.
Maaf.
Aku tersekat disini.
Cuba melepaskan diri daripada cengkaman masalah.
Innalillah.
Perginya engkau kepada yang maha pencipta.
Aku disini hanya menunggu masa.
Diambil nyawa.
Ya tuhan. Tempatkanlah dia di sisiMu.
Comments
Post a Comment
(^-^)