Emo jap

Suatu petang yang tak seberapa terik. 
Dah beberapa hari bermandi peluh. 
Baru panas kat dunia ni. Belum lagi kat dunia satu lagi. 
Yang tiada payung selain daripada rahmatnya. 

Tiada pelindung selain daripada kekasih Allah.
Tiba-tiba Allah titipkan di hati ini.
 Suatu perasaan yang tidak dapat digambarkan. 
Sedih dan syahdu. 
Tanpa air mata. 
Namun hati ini terluka kerana terlalu pedih.
Rindu agaknya. Dengan siapa?


Dengan yang menghantar signal di hati ini la. 
Syukur Dia masih sayang padaku. 
Tidak dibiarkan aku hanyut dengan arus. 
Renyah. 
Untuk terus berpaut di taliNya.

Bukak youtube. Search zikir.
 Dah lama mulut ni tak zikir.
Sebab tu hati ini menghentak marah. 
Sebab rindu. 
Sebab itu la mata ni asyik pedih. 
Sebab rindu.


Dengar alunan indah. Senyuman mula terukir menggantikan air mata. Puas hati. Dah lepas gian kat zikir. Tu la pasal asyik dengar lagu English sangat. Nak improve English la konon.

*_______________________________*
Memang susah. Nak istiqamah.  Nak kuat. Bukan senang nak berjalan. Pakai tudung labuh. Tak la labuh sangat. Bidang 50 je kita. 

Orang asyik pandang.
Apa kita buat.  
Apa kita cakap. 
Siapa kita jumpa. 
Dengan siapa kita kawan. 
Kemana kita pergi.
 Orang judge kita. 

Susah.
Aku bukanlah sempurna. 
Aku pun manusia macam orang yang judge tu. 
 Aku pun buat silap. 
Kalau aku buat salah. 
Tegur.  
Kalau aku silap. 
Betulkan aku.


Comments

Popular posts from this blog

~pengalaman temu duga jpa-mara~

Air, Angin, Tanah, Api

Arus Air