renyah---






kau minta. aku bagi.
kau pinta. aku hulur.
apa lagi yang kau nakkan?
apa lagi yang kau mahukan?

aku memang tak kisah memberi
jika ada adabnya.
jika wujud harganya.
jika terdengar terima kasihnya.

kau lupa agaknya. 
dua perkataan itu.
itulah kayu pengukur di mana hati kau.
ego kah?
atau zuhudkah?

aku tak minta lebih.
cukuplah dengan lisan.
cukuplah dengan hati yang syukur.
cukuplah dengan melihat engkau senyum.

aku hanya nak dengar
terima kasih---
itu sahaja kawan.

Comments

Popular posts from this blog

~pengalaman temu duga jpa-mara~

Air, Angin, Tanah, Api

Arus Air