Result A-Level ( part two )



Lepas tanya orang sambil stalk twitter dapatlah tahu sikit-sikit hehehhe. Senang-senang tanya je terus kan. Cuak la juga tengok results orang lain, sikit lagi nak pass, ada juga yang dapat 15 points. Kalau kita pass mesti kita nak juga kawan-kawan kita pass kan? Ada juga yang nak remark balik paper. Aku ni memang tak la walaupun sikit je lagi kalau nak tambah point tak nak susahkan mak ayah lagi. Redha ja apa yang dah dapat.


Aku tak cakap kalau usaha sampai tak tidur malam memang boleh pass, aku juga tak cakap kalau tak usaha and berdoa ja boleh pass. Semua atas rezeki. Buat solat dhuha bebanyak in sya allah boleh murahkan rezeki.Yup ada yang menyalahkan tuhan atas apa yang dia tak dapat. Ada yang redha, tu aku memang tabik. Ada yang rilek je. Ada yang nangis sampai nak rak, yup tu normal kan.Yang tak normal yang tak nangis tu.


Kalau senior yang tak lepas cut off point pun ada yang boleh fly. Ke UK lagi. Tapi apa nak buat time batch ALUK 11 ni macam rezeki kurang ja. Dengan nilai ringgit turun sampai 4 flat ni ha susah sikit la kalau JPA nak berlembut. Aku In Sya Allah sambung kat NZ. Kat University of Otago. Kawan-kawan aku yang lain suma nak pergi Auckland. Tinggal aku ja yang nak gi Otago. Orang duk tanya aku kenapa tak gi sana gak, aku pun tak tahu nak jawab apa. Dah tuhan bagi aku ilham nak gi sini dah nak buat macam mana kan. Aku doakan yang terbaik untuk aku dan kawan-kawan yang lain.


Aku tahu kalau diorang tak pass pun tak semestinya tak boleh berjaya. And yang lepas tak semestinya dapat kerja yang gaji tinggi nanti kan. Mungkin diorang akan start kerja dulu atau lagi kaya berbanding aku yang pass ni. Tuhan buka jalan lain kalau tuhan tutup jalan lain.  


Apa yang aku belajar dalam apa yang berlaku ni, bila kita dapat satu benda, eventually kita akan terpaksa korbankan something. Yup mungkin aku pass tapi aku pun ada price that ive to pay. 

Surah Ibrahim ayat 7


Comments

Popular posts from this blog

~pengalaman temu duga jpa-mara~

Air, Angin, Tanah, Api

Arus Air