Result A-level

Bagi orang lain 13 Ogos 2015 tu macam hari-hari biasa. Tapi tak bagi aku dan kawan-kawan lain yang ambil A-level. Hari dapat result bagi A2 IAL. Dengan tarikh yang tak menentu kejap cakap 13 kejap 20 kejap 13 balik sampai pening semua orang. Nak cuak pun kejap jadi kejap tak jadi. Sabar je lah akuu.


Macam biasa slip result sampai lewat sikit kat INTEC, so yang duduk jauh ni mampu bukak resultplus je la kalau nak tahu result. Berhari-hari rasa cuak yang tak habis-habis. Minta kat tuhan supaya tenang je hati dan terima apa jua ketentuan Ilahi. Yep malam nak dapat result tu baru tenang. Acap kali juga tanya "penilik nasib'' terhebat yang pernah aku jumpa hahahaha. Cakap hati die In sya allah betul huhuhu. Kakak cakap aku ni mesti pass punya tapi tu la hati ni bukan barang mainan. Macam cacing kepanasan je semua orang.


Dalam pukul 4 tu dah boleh bukak dah site kalau nak tahu result. Aku sibuk menghantar orang pergi sana kemari masa tu. Tengok wasep orang cakap dah checkk apa lagi aku ni cuak tak habis la laggi sekali hahaha balik rumah tu baru bukak laptop dengan hati dah terjatuh atas lantai sebab cuak sangat. Disebabkan internet lambat, aku bukak dalam phone. Tunggu punya tunggu dah nak nampak dah ni boleh pulak bergusti dengan kakak sebab berebut nak tengok results hahaha apolarr.

*okay dah bukak*
*terbeliak mata*
*tak percaya dengan mata sendiri*
*nangis*
*eh tak hampir menangis je*

Kakak orang first yang tahu results aku. Ini adalah satu penghormatan bagi dia sebagai kembar aku. Lepas tu ibu ayah tahu. Adik-adik aku duk entah pape main game. Terus masuk bilik buat sujud syukur, Syukur dengan apa yang Dia rezekikan. Lepas tu bukak balik phone. Yelah nak tahu juga apa orang lain dapat kan.


-part one-

Comments

Popular posts from this blog

~pengalaman temu duga jpa-mara~

Air, Angin, Tanah, Api

Arus Air