Jimbas 4/5??
Hidup sekejap selepas mereput |
Sayu bila lalu kat Muadzam semalam. Fikiran terbang ke Mak Cik Jenab Radio. Mata terfokus ke signboard Uniten kat tepi jalan. Di sebalik lori-lori yang lalu di tepi aku cuba kecilkan mata untuk lihat tulisan dengan jelas. Yup aku rabun tapi aku degil tak nak pakai spec. Such a denial isn't?
Nafas tersekat dilepaskan sekaligus. Bebas daripada beban yang menghempap. Fikiran sumber masalah. Fikiran jauh terbang sedangkan badan tak bergerak-gerak dari tadi. Tak perlu naik kapal terbang pun boleh sampai ke Russia. Pejam mata cuba nak refresh balik fikiran. Video slide dimainkan pantas tanpa pause di benak.
Setelah berfikir panjang perihal masalah yang tak wujud pun sebenarnya, ada someone yang leraikan kekusutan di dada. Jalan keluar dari maze yang menyesatkan. Tak tahu nak buat visa dengan siapa. Tiba-tiba akak creepz ajak pergi sama, ada satu lagi kosong katanya. Aku pun apa lagi. Memang nak sangat jumpa akak creepz sebenarnya.
Memang last minute. Malam nanti nak naik bas beg pun belum kemas lagi. Serabut dengan banyak sangat urusan yang nak disetelkan dalam masa terdekat. Tu pun nasib baik ada seat single sebab malam deepavali kan. Memang bas lain dah penuh. Aku memang bersyukur ada kawan yang nak tolong ambil aku pukul 5 pagi dekat stesen bas. Tayar bergolek di bawah cahaya bulan mengambang. Bila tutup mata masih di dungun tapi bila celik mata dah sampai shah alam.
Serba salah juga nak call akak creepz pukul 5 pagi ni. So, aku tunggu beberapa minit sebelum buat wake up call. Haah rindu nak dengar suara mamai akak creepz.
Ok cakap nak gerak awal tu memang tinggal kenangan hahaahha. Ala perkara biasa ja. Gerak ke ktm station Batu Tiga sebab nak ambil 'GPS', lepas tu gerak lagi pergi KL nak ambil lagi dua orang. Hurm tak tahu kenapa masa sekejap sangat. Siapkan urusan pertama pukul 2 kot! Lepas tu gerak lagi pergi SELSET.
Yalah, ingatkan nak bermalam kat rumah kak pah, tapi bila schedule lari memang susah nak sleepover kat rumah kak pah. Sayang kan. Baru ingat nak join sesi gossip malam-malam ni. Akhirnya tidur kat rumah akak creepz. Takpa la jugak. At least ada sesi kaunseling dengan bakal psychologist ni. Habiskan 'she was pretty' ep 13 and 14 dengan akak creepz hehehew . Had such a meaningful night actually. Tidur untuk charge balik bateri untuk esok.
Ok harini seus gerak dari rumah awal. Tapi ada makhluk tuhan ni, bila dah sampai kat Batu tiga station dia kat kl sentral lagi. Sabar ya anak-anak. Pak cik rambut lambat sikit sebab bangun lewat lettew. Lepas pejam celik , lepas dengan beribu lagu dekat radio barulah Pak Cik rambut sampai.....
Off to putrajaya!!!
Bila masuk ja Putrajaya terus terpaut untuk kerja kat sini. Lawa doe. Pandai Dr. M buat. Semua office kerajaan ada kat sini. Kiteorang dengan berpandukan 'GPS' nasib baik sampai. Mulut ternganga mata terbeliak tengok bangunan di sini ( aku harap takda sapa nampak aku camni hahahaha ).
Masuk pejabat JPA then tunggu che som. Seus tabik kat che som. Baik and cepat dalam buat kerja. Ni baru betul servis kerajaan!! Lepas siap urusan kat sini terus gerak pergi Bank then pergi Selset lagi sekali? Yup lagi sekalii. Ok malas nak cerita drama Pak cik rambut kat bank.
Disebabkan dah nak balik esok, aku tunggu la kak pah balik kerja untuk lepak-lepak. Tunggu dalam sejam la jugak. Nampak tak kegigihan nak jumpa kak pah. Bateri dah 30 percent dah. Tunggu masa nak tidur je. Tunggu punya tunggu akhirnya kak pah cakap dia kat floor bawah. Aku pun apa lagi turun eskalator.
Ok on music hindustan.
Kak pah a.k.a Hasinah tunggu aku dekat bawah dengan tangan yang terbuka sikit macam nak peluk aku. Dah macam dalam drama pun ada. Aku terus berlari dalam dakapan sinah cewahhh hahahaha. Then pergi aunty anne dan big apple sebab nak lepaks kejap sebelum naik ktm ke Rawang nak jumpa Mak cik sengal.
Memang sejam tak cukup. Mulut tak berhenti bercakap. Boleh rosak radio camni hahaa. Too much to talk in one hour with hasinah. Cakap-cakap sampaikan tak tahu mana pangkal mana hujung. Kiteorang jemah kat big apple hahaha tak main la kedai kopi. Dah pukul 7 baru bangun dari tempat duduk. Time jalan nak pergi platform pun still pot pet pot pet. Then bila nak separate ways pun still cakap. Wuuu macam dalam drama seus.
Platform ke rawang memang bertentangan dengan ke subang.Tengah tunggu train pun still waseping sebab tak habis lagi joyah. Then tak lama train aku sampai. Ok ni memang epic. Sinah sepatutnya berlari kejar aku time train tu gerak habis drama tu! I gave her kiss goodbye masa train tu gerak.
Ok sedih. Seus.
Train laju meluru ke Rawang dalam gelap. Hujan. Aku hanya nampak pantulan muka seseorang yang nampak sedih. Aku tengok dia and dia tengok aku. Tak berkelip-kelip. Kenal sangat siapa orangnya. Aku senyum dia pun senyum
Bila dah sampai Rawang kak sengal cakap dia pun dah sampai nak ambil aku. Dia cakap dia tunggu kat sebelah kanan station tu. Aku pandang kanan. Gelap gempita. Nampak sinaran lampu jalan je. Pelik la juga tapi jalan je la. Jalan punya jalan sampai hujung jalan gelap then nampak anjing terus patah balik. Suara Hana masih kat telinga ni. Aku pun pergi ke hujung lagi satu. Dekat dengan restoran. Still tak jumpa-jumpa. Akhir sekali Kak sengal turun padang nak cari aku. Ok aku salah sebab tak pakai spec.
Nak nanges bila nampak kak sengal. Arms in the air automatically. Free hug!!
Ni lagi satu. Malam ni tak berhenti hentak bercakap. Maklumlah dah lama tak jumpa jiran lama. 70 percent charged lepas makan homemade kenny rogers Mak Hana. Seus boleh bukak restaurant sendiri! Rasa puas lepas makan potato salad yang dah lama mengidam!!
Malam tu habiskan 'she was pretty' dengan kak sengal then bukak sesi gossip. Lama gak la untuk reda ombak gossip. Macam-macam aku dengar. Yang sedih, kelakar, serius, cite hapdate. Nampak tak banyak nya yang aku ketinggalan. Akhiri malam dengan uno rematch.
Ok aku menang 2-0
Hana akan dapat punishment. I'll wait aye.
Comments
Post a Comment
(^-^)