Summary of Easter Break
Geng Jaulah |
Assalamualaikum!
Baru beberapa minggu lepas Easter Break+mid sem break, seminggu macam kejap gile. Like masa memang pecut seribu mengejar badan. Dengan ada exam lepas break lagi. Baru habis dua paper. Bruhh Ok je kot. Kotttt Memang banyak drama bila nak join trip tu, dengan phone yang baru dapat tu rosak lepas lagi T-T sob sobs ok sedih sebab tu orang yang belanja.
Mula-mula cakap nak join tapi bila phone rosak cam tak nak sebab takut kena bayar banyak sebab nak baiki phone tu. Sabar je lah. Setelah dipujuk aku pun disentuh hati oleh tuhan untuk join Jaulah ni. Serius tawakkal je. Bayar 170 nzd untuk 3d2n ok la haii. Pergi banyak tempat memang berbaloi sangat dengan dapat rapat dengan kawan-kawan yang baru kenal memang best! Aku terus ajak Azreen sebab cam segan lak.
Cuak la juga lepas diorang suruh test drive sebab tak cukup driver untuk Jaulah ni. Seus ingatkan test drive kereta biasa hahhaha rupa-rupanya test drive van yang panjang tu! Kalau parents tahu memang masak telinga dengar bebel hahhaha Mula-mula pass test parking reverse and yang parking biasa tu. Kak wa suruh jadi first driver esok. Mampuss hati bila dengar! Tak pernah drive kat van and wait what kene drive kat sini?!? *pengsan*
-First Day-
Ok dengan semangat tidur awal malam tu sebab nak drive. Esok bangun pukul 4 pagi sebab kena bersiap by subuh lagi and nak berkumpul kat Grange street sebelum bertolak. Mula-mula pergi Moreaki Boulders dalam sejam lebih dari Dunedin? Dengan sejuk dan angin macam nak terbang badan bila sampai sana memang lah beku badan! Btw yang drive tadi orang lain dulu, turn aku nanti.
Banyak rumpai laut lah kat sini hahha |
Ok lepas tu terus gerak pergi Castle Hill, tempat shooting Narnia katanya diorang aku tak pernah perasan pun ada scene kat sini hahah ok seus lawa gile! Ni kena lawat kalau datang South Island tau! Bila keluar dari van, terus ternganga mulut sebab terlalu indah ciptaan tuhan. Pada masa tu, aku bersyukur sangat sebab berkesempatan untuk sampai sana. Seus mata macam nak menangis sebab bersyukur dapat lihat pemandangan yang cantik macam ni! *nanges*
Pelik kenapa berterabur macam tu kan |
*Kesat air mata*
Langkah terus cepat-cepat berlari nak lihat dengan lebih jelas. Taburan batu-batu yang seolah-olah berkecai berserakan membuat aku sedar akan satu ayat Allah, Surah Al-Harsy ayat last-last gak tak silap. "Jika diturunkan Al-Quran ini ke atas gunung maka berkecailah mereka kerana takutkan Allah", seus hati lembik bila teringat ayat ni. Gunung pun tahu takutkan Allah, kita manusia? Baca Quran pun macam tak ada perasaan *Ok sentap*
Kat sini siap berhenti makan lagi ada aunty dari Singapore yang masakkan. Bapak sedap macam makanan Malaysia jugak sebenarnya. Lepas ni terus gerak nak pergi cari toilet and nak solat lagi. Lepas ni aku yang drive *-* straight ke backpakers Noah's Ark. Macam hotel tapi kongsi dengan orang lain, more like asrama? Macam lawak je bilik-bilik ikut tema haiwa yang terselamat dari bah sebab naik bahtera nabi Nuh.
Entah apa yang aku tengok daa |
Like seriously, first time drive malam tau! Sebelum ni tak pernah buat. Maha Suci Allah yang bagi aku kekuatan untuk drive masa orang lain dah tidur sebab penat. Nasiba baik Kak Mas temankan aku drive malam-malam. Kat sini macam miskin sangat je nak letak lampu jalan or besarkan lagi jalan ataupun buat jambatan yang dua hala hahahah. Drive malam-malam kena slow-slow sebab memang tak nampak apa-apa dengan jalan macam ular kena palu je.
Sampai Noah's Ark terus baring sambil tunggu makan malam siap. Drive pergi motel sebab Aunty duduk motel sebab dia nak masak-masak senang. Seus penat. Tak perah rasa penat macam tu. Maybe sebab baru lepas break the limitation wall kot. Buat bende yang kita tak sangka boleh buat memang best! Alhamdulillah!
ZZZZZZ
-Second Day-
Pagi bebuta bangun tak mandi sebab semalam dah mandi XD Kira ok lah tu kalau nak compare dengan orang kiwi yang tak mandi terus! Breakfast, terus start balik perjalanan. Kali ni Alya (budak ganu boh! Nellang!) drive, aku nanti doe.
Hari ini destinasi nak ke Punaikaiki lak, memang habis pusing South Island ni! Kat sini memang lawa gile memang berkaca mata tengok dengan cuaca lawa harini. Langit seolah-olah mencerminkan mood aku pada waktu itu. Sunny and happy! Tempat ni macam park la lebih kurang. Kesan hakisan ombak yang buat batu-batu ni jadi macam ni. Maha Suci Allah!
Nak cakap betapa lawa pun tak reti |
Macam hakisan en? |
Kat sini macam rushing sikit sebab nanti nak pergi Franz Josef lak. Aku and Azreen lak jenis yang suka snap gambar. Jalan 3-4 langkah pun nak tangkap gambar hahhaha macam lawak je XD yang ni bukan aku drive tak silap ke aku eh? Eh aku yang drive ke Franz Josef ada la dalam 3 jam dari Punaikaiki. Mula-mula dengar macam pelik kenapa nama macam tu.
Nampak ke Glacier tu? |
Bila sampai kat Franz Josef, Masyaallah sejuk tak tahu nak cakap macam mana. Maybe sebab atas gunung kot. Solat makan dan terus pergi kat park sebab dengan harapan nak tengok glacier. Ape bende tu Glacier? Kite jakun tak pernah tengok even kat google pun hahha sanggup redah bukit selama 2 jam pergi balik berjalan semata-mata nak tengok glacier. Tpi seus worth it!
Adeela dengan posing tidur and aku dengan pegang stereng? |
Bila sampai kat glacier tu, btw tengok dari jauh je sebab bahaya kalau pergi dekat, hari dah nak gelap. Matahari dah terbenam. Seus cuak sebab masa tu dalam hutan tebal and gelap. Nasib baik Kak Naziha tunggu kami nak balik ke van sesama. Tengah-tengah gelap tu, dlam hutan, aku tak habis-habis baca matsurat sebab takut. Tiba-tiba Kak Naziha tanya, "Kalau sini pun gelap macam ni, kubur nanti macam mana eh?" *Sentap sampai tembus tak tipu*
Quran je yang boleh jadi pelita bila kita kat alam kubur nanti. Kan?
Akhirnya jumpa van! Balik, makan dan terus tidur! Ok tak tidur lagi, ada sesi sikit malam tu. Ada main game Mafia 2 round and peliknya, dalam kedua-dua round tu aku and Kak Farhah jadi mafia hahahha seus cuak. Malam tu seus macam nak demam sebab tadi masa daki bukit kat Franz Josef hujan renyai-renyai bak hang! Aku mandi dengan harapan esok ok sikit.
-Third Day-
Ok bangun pagi gosok gigi. Terus mintak panadol dengan Yana. Kang nanti sape nak drive kalau aku tak sihat hahah ade yang tak balik kang. Pagi ni mula-mula Alya dulu yang drive, aku tidur sebelah Azreen. Dalam 4 jam gak dia drive. Seus view kat sini lawa tanpa dicela dengan tangan-tangan manusia yang bagaikan tikus merakus. Nature gile! Terjaga sebab diorang jerit-jerit sebab nampak lake lawa yang warna biru (memang kalau tak tidur, makan, kalau tak jerit je kerjanya sebab view lawa XD)
Defying Gravity? |
Berhenti makan kat tepi lake biru ni. Jalan raya memang kelilingi lake ni je, luas macam lautan pun ada. Aku asyik pandang je lake tu sambil tersenyum tanpa sebab. Maybe hati diusik tuhan agaknya, terharu dengan kecantikan yang dijadikan Allah yang maha Jamil. Aku makan macam F1 sebab nak pergi sentuh air jernih biru tu. Berlari bak hang!
Ok hampir je. Malu lah kalau orang nampak en. Lepas ni sambung ke Puzzling world Wanaka. Seus lawak sebab illusion boleh tipu otak kita dengan cara simple gile. Kat sini main maze ala-ala maze runner tu! Aku and Azreen boleh jadi gila dibuatnya cari jalan untuk cari checkpoint. Kiteorang berjaya habiskan puzzle tu lepas tu solat and makan.
Ok lepas solat maghrib and isyak, terus gerak balik ke Dunedin. Hari dah gelap, so aku lah yang kena drive sebab Alya takleh drive malam-malam. For the whole 4 hours drive tu, Kak Mas bercerita sebab tak nak bagi aku bosan. Aku bersyukur ada dia kalau tak aku dah tidur. Memang mengantuk tapi still boleh tahan. Drive dalam keadaan gelap tak ada lampu jalan sampailah sampai Dunedin. Sejuk macam peti sejuk jee!
Aku penat.
Tapi aku suka.
Wallahu A'lam.
Alhamdulillah.
Comments
Post a Comment
(^-^)