Pinjaman dari tuhan
Dia pemilik, Dialah yang berhak atas segala benda yang diciptakannya. Dia berhak memberi dan mengambilnya kepada/daripada hambanya yang terpilih. Semata-mata ingin menguji keimanan hamba-hambanya. Siapa yang sabar dan tawakkal akan sentiasa dalam keredaannya. Ada pula manusia yang tidak sedar akan hakikat menjadi hamba yang segala-galanya bukan milik kita.
Dia berhak mengambil apa-apa yang diberinya bila-bila masa sahaja. Kita siapa yang mahu mengahalang apa-apa sahaja yang Dia mahukan? Segala apa-apa yang dia pinjamkan ada bayarannya. Sebagai alat dalam jalan menjadi hamba dan khalifah. Jalan yang lurus ini bagaikan semakin mudah untuk dilalui dengan bantuan alat-alat yang dipijamkan buat seketika.
Tetapi, jika kita tak berjiwa hamba, mana mungkin jalan yang lurus ini dilalui? Bahkan makin membelok dan menyimpang dengan bantuan yang diberikannya. Salah guna. Sesungguhnya dia melihat dan menghukum. Tiada yang lebih adil daripadaNya. Tawakkalah melepaskan apa-apa yang pada hakikatnya bukan milik kita.
Seperti tawakkalnya bonda Nabi Musa yang menghanyutkan anak yang baru sahaja dilahirkannya dalam bakul untuk dihanyutkan di sungai Nil. Sungguh teguh keimanan dan sangka baiknya terhadap yang Maha Mengetahui. Tanpa disangka-sangka bayi itu kembali semula kepangkuannya setelah tiada ibu susuan yang sesuai dengan Nabi Musa selain bondanya sendiri. Subhanallah!
Husnu Dzon pada Yang Maha Mengetahui.
Semoga hati ini menjadi lebih tenang.
Dia yang mengkhabarkan berita gembira kepada orang yang beriman.
Comments
Post a Comment
(^-^)