Terduduk di pintu yang ditutup
Pintu nikmat tuhan beri itu banyak.
Janganlah kita terduduk di pintu yang ditutup.
Kufurnya kita pada nikmat Allah.
Maafkan aku Ya Allah, bila terduduk tersungkur aku mencari Engkau.
Selama ini aku lupa alpa.
Aku banyak dosa, maafkan aku.
Janganlah Engkau biarkan aku lemah terduduk kerana manusia.
Sungguh, aku lupa akan nikmatMu.
Kerna manusia aku hilang rasa ingin hidup.
Hati aku mati,
Terkurung menanti pintu yang ditutup.
Terima kasih,
Aku tahu sungguh aku tak layak,
Namun janganlah Engkau biarkan aku hanyut.
Photo by Aaron Burden on Unsplash
Comments
Post a Comment
(^-^)