Posts

Thin line

Image
Kadang kala manusia itu sendiri buta untuk melihat jaringan lelabah yang halus di depan matanya sendiri. Jalan yang dilalui itu tanpa sedar membelit setiap sendi-sendi yang ada sehinggakan kakinya lemah melangkah. Simpang yang diambil dengan membuta tuli itu akhirnya menjerat hati seseorang itu, iaitu organ yang paling lemah. Akhirnya jual beli antara manusia-manusia yang buta ini membawa kepada kerugian dan kemusnahan kerana hatinya telahpun dirobek-robek. Mungkin sepatutnya segalanya perlu besederhana. Terlalu banyak membuatkan nafsu kehausan tamak. Terlalu sedikit menjadikan hati memberontak kerana terlalu ingin. There's a thin line between them and it's hard to see the web of the line. Sometimes we just walk through the line and have to bear the consequences. Sometimes we just stop walking because of fear and will regret not having much.

Air, Angin, Tanah, Api

Image
Berterima kasihlah kerana bijaksananya Dia dalam menciptakan seluruh alam berbekalkan ilmuNya yang luas tidak berpenghujung. Bersyukurlah kerana Dia yang Maha Kaya memberikan setitis anugerah bahkan lebih kecil daripada itu kepada makhluk yang hina bernama manusia. Hinanya insan kerana kegelapan hatinya daripada terus bersyukur dengan nikmat pemberian Yang Maha Pemurah. Mulianya anak Adam kerana terangnya hati mereka dengan kesyukuran atas hadiah-hadiah yang diberikanNya. Dialah Pemilik segala alam dan Yang Maha Kaya. PemberianNya kerana kasih itu tidak sesekali pun mengurangkan kebesaran dan kekayaan yang Dia miliki. Tidak ada satu pun yang melata dibumi terlepas daripada copyright milikNya. Maha Suci Tuhan! Air, Angin, Tanah, Api Perhatikan ayat 164 surah Al-Baqarah. "Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada)  kapal-kapal yang belayar di laut  dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusi...

Bertatihlah

Image
Kalau ikut logik, proses budak-budak untuk berjalan bukanlah sekejap ataupun mendadak kan? Daripada daripada terbaring kepada berguling sambil menggerakkkan kaki yang kecil itu dan daripada merangkak kepada bertatih perlahan. Tiada manusia yang boleh terus berjalan dengan kudratnya sendiri setelah melihat dunia. Dan tiada manusia yang terus menggapai taqwa setelah berhijrah. Yang ada hanyalah istiqamah biarpun bertatih. "Dan Al Quran itu telah Kami turunkan dengan berangsur-angsur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan Kami menurunkannya bagian demi bagian." (Surah Al-Isra' ayat 106) Oleh kerana itu, Al-Quran sendiri diturunkan secara berperingkat dan beransur-ansur. Secara tidak langsung Yang Maha Berkuasa mahu mengajarkan sesuatu kepada manusia tentang proses penurunan kalam suciNya. Malah setiap ayat-ayat peringatan yang diturunkan itu cukup sinonim dengan peristiwa yang sedang berlaku pada waktu itu, iaitu bertepatan dengan waktuny...

Dia Cemburu

Image
Tanpa sedar manusia yang lemah futur senantiasa meletakkan pergantungan terhadap makhluk fana yang lain lebih dari yang sepatutnya. Yang sepatutnya macam mana? Yang letakkan Yang Mencipta sebagai tulang belakang, iaitu yang pertama dalam list priority. Pernah fikir tak? Macam mana nak tengok kalau kita letak priority tu kat siapa? Kalau ada masalah kita turn to siapa dulu? Kalau hati berbunga-bunga kita curah kat siapa dulu? Kalau nak buat pilihan kita tanya siapa dulu?  Kalau time solat, kita fikir pasal yang disembah atau siapa? Aku tak nak tahu jawapan sesiapa sebab soalan ini kita sendiri boleh jawab deep down ada suara yang berbisik jujur. Jangan sebut! Kau sendiri boleh judge apa jawapan kau. Kalau kita sebagai ciptaan meletakkan suatu ciptaan sebagai tempat keutamaan sudah tentu Yang Mencipta akan cemburu akan perhatian yang kita berikan. Dia sama sekali tidak memerlukan hamba tetapi keutamaan itu mampu menjadi bukti kesyukuran hamba itu sendiri. Dia nak lihat siapa y...

Arus Air

Image
Beberapa hari lepas diberi ilham ketika North Island trip sambil  memerhati indah ciptaan dilukis oleh Sang Pencipta. Bergelojak apabila mata melihat arus laju Huka Falls. Tenang apabila memandang arus perlahan Putaruru Blue Spring. Kedua-duanya berjaya mengikat hati yang lemah ini kepada Yang Mencipta. Maha Suci Tuhan Yang Maha Bijaksana dalam merancang keseimbangan setiap sesuatu. Ada beberapa benda yang aku baru perasan for this past few weeks, thank you sahabat sebab kau aku sedar. Aku sempat lagi tadabbur alam tatkala mata tak berkelip memandang ciptaanNya yang sukar digambarkan melalui gambar. Aku lagi rela merenung biru langit. Huka Falls Aku sempat singgah ke Huka Falls selepas drive selama 2 jam dari Waitomo. Cuba tanya encik gugel kalau tak tahu Huka Falls tu macam mana. Ok aku tunggu. Dah? Cuba perhati arusnya. Laju kan? Nanti aku cakap apa ibrah yang aku dapat. Ok esoknya kami pergi ke Putaruru Blue Spring. Cuba tanya encik gugel lagi sekali. Dah?...

Wahai diri

Image
 Wahai diri, Lebarkanlah sayap jiwa yang merdeka  menuju langit ilahi seluasnya  dibawah sinaran cahaya  rahmatNya. Jangan biarkan jeriji sangkar emas dunia  membutakan kaca mata daripada  melihat indahnya syurga. Jangan biarkan hidangan enak  dibalik kurungan yang fana  memekakkan telinga  daripada berubah  berlari kepadaNya. Teguhkanlah perisai hati daripada  tombakan panahan hirisan  tajam makhluk yang futur  lagi melemahkan. Photo by  Dawid ZawiƂa  on  Unsplash

Cucu Habil

Image
(2:1-5) Berbadan tanah Berjiwa rendah Berdarah merah Ikhlas bercambah Yang baik ditempa Yang buruk dicampak Helaian mushaf bagaikan halwa Nasihat itu laju berserak Fikiran terbang lampai Seiring dengan rahmat ilahi Yang bernilai digapai Yang haq dicapai Itulah cucu Habil yang menurut perintah pencipta yang ingin menguji. Pinjaman daripadaNya diuji untuk dikembalikan kepadaNya dengan hati yang iklas. Hidup dalam celupan Ilahi tanpa perlu adanya gundah gelisah. Helaan nafasnya hanyalah menghirup kedamaian dan keamanan dan basah dengan siraman tarbiyah. Raudah milikmu. Untung sekali. Cucu Habil. Taken by Iesya